Monday, March 28, 2011

Ucapan Penghargaan kepada Encik Abd Rami Bin Abdullah, Pengarah KKPS (2009-2011)

semoga En. Rami sentiasa dilindungi Allah dan dimurahkan rezeki. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan sokongan En. Rami kepada kami Warga JPSH... dan tidak lupa juga di atas segala pertolongan dan sokongan En.Rami semasa penempatan suami saya di PUO...kami  mengucapkan salam perpisahan dan kami mendoakan kesejahteraan En. Rami...Insyaallah...wassalam....(",)...
 Siti Saleha Bt Abdul Azis, staf

tQ for being a part of our live in KKPS... JASA anda dikeNang selalu..
SEKALUNG BUDI & SEJAMBAK KASIH..
Adams Sinclare Pelajar STM, GRADUAN KKPS, JAN 09-DIS 10

Wah .. agak terkejut dengan berita ini .. Bagus dan Tahniah .. satu perubahan dan pencapaian yang terbaik .. Dari KK ke Politeknik .. Walaupn hanya sempat berjumpa seketika tetapi saya rasa puas dengan perkhidmatan beliau .. Tahniah sekali lagi .. Jasamu tetap akan kami kenang ..
Nur Ikhwan Bin Roslan bekas pelajar STM sesi Julai 2007

terima kasih kerana berjaya berkhidmat di kolej komuniti pasir salak,jasa baik tuan amat kami hargai......
Nurul Jannah Bt Abu Pelajar STM 4A ... SEMESTER 4 TAHUN 2011


Kepada Encik Abd Rami,
Sesungguhnya beliau ialah antara Pengarah yang sentiasa mengambil berat dan di senangi pekerja. Saya mendoakan semoga perkara yang terbaik akan sentiasa mengiringi En Rami dan keluarga. Wish u all the best..
Norazmira binti Abd Rahman Staf


buat pengarah yang kami kasihi,
 terima kasih kerana menjadi bapa kami sepanjang kami menjadi kakitangan di kolej ini....
pelbagai kenangan yang kita ukirkan bersama, syukurlah, semua kenangan itu sangat indah belaka......
walau pelbagai tugasan dan tanggungjawab yang kami lakukan di sini, semua dapat dijayakan hasil dari sokongan penuh TUAN PENGARAH....
terima kasih dari kami, dan selamat maju jaya.....
rafidah abu nasir, farah waheda othman dan noorizyan asimat Staf

Semoga En. Rami sentiasa happy walaupun bertukar ke tempat yang baru. Ampun dan maaf sepanjang saya bertugas, sekiranya tersalah kata terkasar bahasa.
NORSUHADA MOHAMAD TAMBIZI Staf

Buat En. Rami
Selamat maju jaya dan semoga sentiasa berada dibawah rahmatNya 
SITI HUMAIZON BT SAID AHMAD Staf

~Semoga panjang umur dan bertemu kembali ~
Nor Sapura Binti Mohd Hashim Pelajar STM4B
SEMESTER 4 2011

  
Salam 1Malaysia,

Tanam Lenggun Tumbuh Kelapa
Terbit Bunga Pucuk Mati
Budi Tuan Saya Tak Lupa
Sudah Terpaku Di Dalam Hati

Semoga tuan pengarah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Juga semoga cemerlang, gemilang dan terbilang dimana jua ;)
has_pptm_kkps Staf


 Assalammualaikum,
Saya mewakili staf2 dari Unit Perpustakaan mengucapkan Selamat Maju Jaya di tempat baru.Dengan rasa rendah hati, memohon kemaafan di atas semua kesilapan. Jutaan terima kasih di atas kerjasama, jasa baik dan juga idea dalam menambah baik kemudahan di perpustakaan...Akhir kata terimalah serangkap pantun buat kenangan:)

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Zainatul Azura binti Noraini Staf


 Dear Sir,
Ready or not, someday your term will come to an end.
So, what will matter and how will your days be measured?
What will matter are not what you bought nor what you got, not your success and not what you have learned
But what matters are what you have built, what you gave, your significance, what you have taught, every act of integrity, compassion and sacrifices that enriched, empowered and encouraged others to emulate your example.
And En Rami as Pengarah KKPS,
you have executed all the above characters that makes me and the others will feel a lasting loss when you’re gone.
Datin Seri Umikalsom Hj Othman Datin Staf


Salam Sejahtera Salam Satu Malaysia....Di kesempatan ini, saya wakil daripada unit Kualiti ingin mengucapkan Salam Perpisahan kepada Bapa KKPS yang akan ke PUO pada 1 April 2011...Kenangan dan jasa yang telah dicurahkan pasti tidak akan dapat kami lupakan...Sejenak terfikir jua siapalah yang akan memberi makan ikan kat belakang nun...meninjau pokok- pokok di tepi padang setelah ketiadaan beliau kelak...Tiada siapa yang akan dapat menggantikan tempat beliau di sini...
     Semoga pemergian beliau ke PUO akan memberikan semangat dan inspirasi baru terhadap kerjaya beliau pada masa akan datang...

                            "Tuai padi antara masak
                             Esok jangan layu- layuan
                             Intai kami antara nampak
                            Esok jangan rindu- rinduan

                           Anak Sembilang di tapak tangan
                          Berenang- renang mudik ke hulu
                            Lupa jangan benci pun jangan
                             Ada waktu boleh bertemu"

Azlina Hani Binti Othman(wakil unit Kualiti) Staf 
 
  
 Terima kasih di atas segalanya...selamat maju jaya ...
Zila Staf


tahniah.......
nur atiqah binti mohd khaled Pelajar  smk 2( pelancongan dan pengembaraan
- Terima kasih kerana telah berkhidmat dengan baik di Kolej Komuniti Pasir Salak, harap tuan selesa ditempat baru.  
Nur Azimah Binti Mohd Azhar  Pelajar - Stm 4A - Semester 4 - Tahun 2011


TAHNIAH DIATAS PERPINDAHAN TUAN KE POLITEKNIK UNGKU OMAR.SEMOGA TUAN SIHAT SEJAHTERA SELALU DAN JANGAN MELUPAKAN KAMI DI KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK INI..
NUR SYAKILLA JACQUELINE HO BINTI HARRIS HO  Pelajar  STM 4BSEMESTER 4 2011

Semoga Happy Happy Selalu....
Zaili binti Ibrahim  Staff KKTI


Assalamualaikum....
Terima kasih atas keperihatinan dan sumbangan-sumbangan yang telah diberikan kepada warga kolej.
Semoga berbahagia selalu.
Haslinda Binti Ishak Staf


Penghargaan yang tak terhingga dan terima kasih di atas segala teguran, nasihat,dan SOKONGAN yang tidak berbelah bahagi khususnya kepada E-TECH dan saya sendiri...
Semoga suksess selalu dan di dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya...
ROSWATI BINTI MD ZAIN  Staf


Kpd tuan pengarah KKPS iaitu Encik Abd Rami Bin Abdullah,jutaan terima kasih yang tidak terhingga diatas khidmat bakti sepanjang berkhidmat di KKPS yang telahmenjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik....~Jasamu Dikenang,Terima Kasih~
 Masliza Nurulain Binti Salimmunlah  Pelajar  STM 4B 2011


saya ingin mengucapkan tahniah  dan selamat bertugas di tempat yang baru iaitu di politeknik ungku omar.semoga dapat melahirkan generasi yang berjaya di sana.saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberikan perkhidmatan yang terbaik di kolej komuniti pasir salak..
Free Site Stats
Web Counter
Syahida Bt Atan Abd Wahab  Pelajar  Stm4a, sem 4, 2011


Terima kasih banyak - banyak En. Abd Rami Bin Abdullah atas segala perubahan yang telah dibuat pada kolej ini .. Jasamu senantisa dikenang selama - lamanya ...  
Mohamad Helmi Bin Mohamad Fauzi  Pelajar  Kelas STM 4A, Semester 4 dan 2011

Terima Kasih Kerana Berkhidmat Disini...Moga berjaya berkhidmat ditempat baru...  
Nurul Aina Binti Amir Muminin  Pelajar  STM 4A, SEMESTER 4, 2011


assalamualaikum,Encik saya ingin berterima kasih diatas segala budi bakti Encik terhadap kami dan kolej ini, semoga encik berjaya disana dan sentisa dirahmati allah. Semoga kita berjumpa lagi... 
Amirul Syafie Bin Isham Pelajar STM4A Semester 4 Januari 2011


TERIMA KASIH ATAS PERUBAHAN KOLEJ YG TELAH EN ABD RAMI BIN ABDULLAH.TERIMA KASIH ATAS SEGALA NYA...JASA MU DIKENANG HINGGA SEPANJANG HAYAT..
FIRDAUS Pelajar STM4A,SEMESTER 4 DAN 2011


SEMOGA ENCIK ABD RAMI BIN ABDULLAH SUCCESSFUL DALAM MENJALANKAN TUGAS DI POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO)..
MOHD NOR AZIZZ BIN NOR HAMID Pelajar STM4A SEMESTER 4TAHUN : JANUARI 2011


terima kasih kepada pengarah yang telah banyak memberi sumbangan dan telah membimbing kolej kami selama berada di kkps.. harap tuan selesa berada di tempat yang baru.. kami doa kan tuan sentiasa sihat selalu dan terus maju...
Nor azila bt jamaluddin  Pelajar  STM4A SEMESTER4 TAHUN 2009


~jASA MU dI kENANG~
MAS ANIL FADILAH BT SALIMMUNLAHPelajar STM 4B SEMESTER 4 2011

Salam..terima kasih atas jasa tuan pengarah selama di KKPS..semoga sentiasa sihat dan berjaya menjalankan tugas tuan di tempat yg baru nanti..Semoga berjumpa lagi..
Umi Asyikin Binti Azhar Pelajar STM 4B-SEM 4-2011


selamat menjalani tugas sebagai pengarah ditempat yang baru...
semoga berbahagia dan dimurahkan rezeki... AMINNN.......
WE LOVE U
NUROL AMIRA BT MOHD IKHSAN Pelajar STM 4B JANUARI 2011




Salam, En. Abd Rami...Terima kasih ke atas semua jasa yang dicurahkan kepada kami warga KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK. Segala jasa Encik amat dihargai...Semoga berjumpa lagi...
NURUL AIN BINTI RAMLI Pelajar STM4B, SEMESTER 4, 2011.


selamat menjalani tugas sebagai pengarah baru di politeknik ungku omar......
nurul shuhada binti zainuddinPelajar stm 4b....semester 4,2011


selamat berpindah.
Nurul amirah bt abdul mutalib Pelajar stm4b


terima kasih kepada tuan pengarah kerana memberi perkhidmatan yang terbaik
rahmad azad Pelajar stm4b,semester 4, 2009

Terima kasih di atas khidmat dan jasa Tuan pengarah sepanjang di Kolej Komuniti Pasir Salak ini.Semoga Tuan dapat menjalani tugas dan memikul tanggungjawab lebih berjaya lagi di masa akan datang
Lina Binti Mohd Sidi Pelajar STM4B,SEMESTER 4 2011


Terima kasih di atas khidmat dan bakti tuan pengarah terhadap kolej ini. Semoga khidmat tuan pengarah di tempat baru lebih bererti. Terima kasih saya ucapkan kepada tuan pengarah selama tuan berkhidmat di sini.
Nurul Ain Bt Mohd Halim Pelajar STM 4B SEMESTER 4 2011


semoga sentiasa sihat disamping keluarga tercinta,
terima kasih diatas semua perubahan yang dilakukan di kkps.
diharapkan tuan dapat menjalankan tugas dengan baik di tempat baru kelak.
jasamu dikenang.
SITI SALAMAH BINTI MOHD SHARFUDDIN Pelajar STM4B SEMESTER 4 2011

Semoga Encik Abd Rami Bin Abdullah berjaya di Politeknik Ungku Omar.
Wan Mohd Hazizi Bin Wan Mansor Pelajar STM 4B Semester 4 / 2011
Semoga En Rami Abdullah berjaya di tempat baru. Terima kasih kerana selama ini telah memimpin kami sebagai pelajar.
Ahmad Asnawi Bin Saharuddin Pelajar  STM 4B Semester 4 2011


Tahniah,kerana dapat ke Politeknik Ungku Omar 
MuhamadRafiq Bin abdul Rahman Pelajar  STM 4B SEMESTER 4-2011


SEMOGA ENCIK ABD RAMI BIN ABDULLAH GEMBIRA DAN BERKERJA KERAS SEMASA DI POLITEKNIK UNGKU OMAR NANTI... :-)
MUHAMMAD HAZIQ BIN MD RAZALI Pelajar STM 4B SEMESTER 4 2011


Semoga di panjangkan umur dan murah rezeki..
Mohd Ryizal Farhan Bin Aziz Pelajar  STM 4B,SEMESTER 4,2011


ASSALAMUALAIKUM.. SAYA INGIN MEMGUCAPKAN SELAMAT MEMULAKAN TUGAS KE TEMPAT BARU SEMOGA ENCIK GEMBIRA BERADA DIDALAM SUASANA YANG BARU.. BERHARAP ENCIK TIDAK MELUPAKAN KAMI WARGA KKPS.
MIOR ASYRAF BIN JAMIL ARIF Pelajar  STM4B,SEMESTER 4,2011

Assalamualaikum En Rami, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Rami kerana yang telah menaikkan nama kolej komuniti pasir salak. Muhammad '
Ammar Bin Azmi Pelajar stm4b, semester 4, 2011

assalamualaikum w.b.t
ucapan terima kasih yg tak terhingga buat en abd rami atas segala bimbingan,kerjasama dan keprihatinan yg telah diberikan selama khidmat anda di KKPS. semoga kemurahan hati anda dalam perkongsian ilmu dan pengalaman tidak terhenti di sini.
doa kami semoga anda terus maju jaya dalam kerjaya.
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH
NURUL AINA MOHD YUSOFF Staf

DIKESEMPATAN INI SAYA MENGUCAPKAN
-SEMOGA EN RAMI TERUS MAJU JAYA....
-SEMOGA ALLAH MERAHMATI
DAN MEMBERI KESIHATAN YG BAIK BUAT EN RAMI...
-SEMOGA ALLAH MEMBERI KELAPANGAN HATI
DAN JIWA AGAR DAPAT MELIPAT GANDAKAN IBADAH KPD
ALLAH
-SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN DPT
MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM YANG TERAKHIR.....
-DOAKAN KEJAYAAN SAYA.....
-SALAM
pakya al-repohi....(AMN8855) Staf PEGAWAI HEP(KD) KKPS





1 comments:

madocklafranchi said...

Harrah's casino in Tampa opens with 300 slot machines
Horseshoe Hotel Casino & 태백 출장마사지 Spa is officially 김포 출장마사지 opening its 목포 출장마사지 doors to 부천 출장마사지 the public, with plans 광양 출장안마 to close the hotel in the second half

Post a Comment